Saturday, March 15, 2008

Mengenai Pusat Akses




Pusat Akses Sekolah mengamal konsep ala 'cyber cafe ' tetapi lebih menjurus kepada pembelajaran . Ia merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan murid membuat pembelajaran sendiri ( self learning) dan mempelbagaikan gaya pembelajaran mereka . Mrid boleh mencari dan memilih sumber pembelajaran secara sendiri mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan akses sendiri . Pusat akses juga dalah di bawah penjagaan pusat sumber dimana jika ada tempahan hendaklah menempah di perpustakaan dahulu sebelum menggunakan komputer di bilik yang di sediakan.Pusat Akses Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Rengam,telah diwujukan pada tahun 2007 . Pusat Akses juga menyediakan pelbagai kemudahan seperti `printing `,`cd burning`, web akses`,dan `photostat`. Selain itu, pusat akses juga mengadakan pelbagai kursus seperti `membina blog`,dan `penyelengaraan komputer`.

MATLAMAT PUSAT AKSES SEKOLAH

Matlamat Pusat Akses sekolah ialah :



  • Membudayakan penggunaan ICT di sekolah .


  • Mengurangkan nisbah komputer dengan pelajar


  • Meningkat masa penggunaan ( contact hours ) komputer oleh murid

  • Mendedahkan teknologi terbaru kepada para pelajar.

  • Memudahkan pelajar mencari maklumat di sekolah.

OBJEKTIF PUSAT AKSES SEKOLAH




Objektif Pusat Akses sekolah ialah untuk :





  • meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai maklumat.


  • membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri dengan lebih berkesan.


  • meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pembelajaran.



Aktiviti Pelajar di Pusat Akses Sekolah.




Murid boleh menggunakan Pusat Akses Sekolah ini untuk :



  • Mencari maklumat di internet untuk pengajaran dan pembelajaran.


  • Mengakses sumber maklumat seperti buku-buku ' bahan brcetak atau bahan digital yang berkaitan ( e- learning )

  • Menyediakan tugasan dan slaid persembahan berkaitan dengan pembelajaran.


  • Berkomunikasi denagn guru dan pelajar lain melalui e-mel


  • Berkolaborasi dengan pelajar lain .



KEMUDAHAN PUSAT AKSES SEKOLAH



  • Keutamaan menggunakan Akses Sekolah diberikan kepada palajar. Warga sekolah lain termasuk pentadbir sekolah , guru , dan staf sokongan boleh menggunakan Pusat Akses Sekolah untuk memperoleh maklumat dari internet .



PERALATAN PUSAT AKSES SEKOLAH






  • Setiap sekolah akan menerima peralatan 10 komputer dan satu pencetak untuk ditempatkan untuk ditempatkan di perpustakaan atau mana-mana ruang bersesuaian . peralatan tersebut dirangkaikan degan rangkaian setempat.


AGIHAN PENUBUHAN PUSAT AKSES SEKOLAH

  • Agihan penubuhan pusat akses sekolah meliputi 70 peratus sekolah luar bandar dan 30 peratus lagi di bandar .70 peratus daripada jumlah sekolah yang dipilih merupakan sekolah rendah manakala baki 30 peratus adalah sekolah sokongan .



KRITERIA PEMILIHAN SEKOLAH UNTUK MEWUJUDKAN PUSAT AKSES SEKOLAH




Pemilihan sekolah bagi mewujudkan Pusat Akses dibuat berdasarkan kriteria berikut :

  • Ada ruang dan bilik yang sesuai.


  • Ada bekalan elektrik yang sesuai.


  • Ada akses kepada internet.


  • Ada makmal pengkomputeran.


  • Kemahiran ICT warga sekolah.


  • Komitmen pihak pentadbir sekolah.



BAHAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG BOLEH DIDAPATI DI PUSAT AKSES SEKOLAH




Tiga bahan sumber pengajaran dan pembelajaran dalam membantu murid ke arah pembelajaran kendiri iaitu akses kendiri, kadar kendiri dan terarah kendiri. Bahan tersebut ialah:






  • Bahan yang dimuat turun melalui penggunaan enjin pencari maklumat Internet seperti Google, Yahoo, Altavista, dan sebagainya.


  • Portal pendidikan untuk mendapatkan maklumat khusus seperti portal BTP, MySchoolNet, My Tutor, Online Smart Learning, dan sebagainya.


  • Bahan pembelajaran online seperti sumber digital dalam bentuk CD/VCD/DVD audio seperti perisian berbentuk maklumat.

Tuesday, February 26, 2008

PUSAT AKSES KOMPUTER SEK MEN KEB SIMPANG RENGAM

Peraturan penggunaan


  • Pelajar atau guru yang ingin menggunakan perkhidmatan capaian internet hendaklah membuat tempahan di perpustakaan

  • Sila catatkan penggunaan anda didalam buku yana disediakan.

  • Pengguna hendaklah menggunakan pilihan user name Guest

  • Pengguna dilarang sama sekali mengubah set ting wallpaper bagi setiap PC yang digunakan.

  • Sila maklumkan kepada pengawas bertugas ataun Guru PAK untuk menggunakan perkhidmatan printing, scanning, burning cd dan phothostate. Perkhidmatan ini akan dikenakan caj.

  • pengguna dilarang melayari website lucah dan memuat turun bahan lucah. Sekiranya anda berbuat demikian nama anda akan disenaraihitamkam bagi menggunakan apa apa perkhidmatan PAK SMKSR.
  • penyalaras PAK berhak membatalkan tempahan yang dibuat.

  • Sila shutdown pc yang anda gunakan dengan betul.

  • Gunakan PC dengan penuh tanggung jawab.

ORGANISASI PUSAT AKSES KOMPUTER SEK MEN KEB SIMPANG RENGAM

PENASIHAT
Pengetua /Guru Besar
Pn Hajah Rohani Binti Bakar


PENGERUSI
Guru Penolong Kanan Pentadbiran (gpk)
Tuan Hj Mohammad Bin Yusuf


SETIAUSAHA
Guru Perpustakaan & media
Pn Hjh Siti Amenah binti Imam


PENOLONG SETIAUSAHA
Guru Penyelaras PUSAT AKSES KOMPUTER
En Rashid bin Mat Rahim
Cik Norazlinah Binti Bachik


AHLI JAWATAN KUASA
Ketua- Ketua Bidang Panitia

Monday, February 25, 2008

Jawatan Kuasa Pusat Akses Komputer SMK SIMPANG RENGAM 2008

PENOLONG SETIAUSAHA
GURU PENYELARAS PUSAT AKSES KOMPUTER
EN RASHID BIN MAT RAHIM
CIK NORAZLINAH BINI BACHIK


KETUA PENGAWAS PAK
Khairul Naim Bin Sidek


SETIAUSAHA PENGAWAS PAK
Muhammmad Ariff bin Bahrul Azmi


BENDAHARI PENGAWAS PAK
Siti Nur Baizura binti Saraji

PUSAT AKSES